Selasa, 10 April 2012

"33 Rahsia Merakam Gambar
Menarik Dengan Hanya
Mengetahui Asas Fotografi"


Oleh: Nanda Novita
Pengenalan tentang diri saya.

Saya adalah peminat fotografi yang sentiasa belajar untuk menambah
ilmu dalam bidang ini.

…Dan hobi saya adalah ‘Photography’.
Saya menghadiri kelas fotografi,
berjumpa dengan juru gambar yang berpengalaman, banyak membaca
buku fotografi dan banyak bertanya dengan yang pakar dalam industri.
Di dalam blog ini, saya sebenarnya berkongsi asas ilmu dan
pengetahuan saya dalam bidang fotografi.
Ya! blog ini untuk anda yang masih baru (beginner) dan ingin
memahami asas-asas dalam fotografi.
Saya adalah Nanda Novita

1. Fahami Apa itu ‘shutter speed’

Rahsia pertama untuk merakamkan gambar yang menarik adalah
memahami apa itu "shutter speed". Shutter Speed adalah berapa lama
kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan
sesuatu imej.
Jika dalam keadaan cahaya yang kurang,lagi lama masa yang
diperlukan oleh kamera untuk menggumpul cahaya bagi mendapatkan
gambar yang baik.
Bagi mengetahui bagaimana pergerakan dirakamkan, gunakan kelajuan
(speed) yang berbeza. Sebagai satu contoh, jika kita menggunakan 1/30
sesaat, ia akan merakamkan gambar biasa bagi subjek yang bergerak.
Jika menggunakan 1/500, subjek bergerak akan terhenti serta merta.
Untuk merakamkam gambar aksi sukan, gunakan kelajuan yang tinggi
melainkan anda ingin merakamkan imej dengan pergerakan.




  Shutter speed 1/20           
                                                                         Shutter Speed 1/500

2. Fahami apa itu 'aperture'

Aperture adalah berapa luas iris lensa kamera dibuka. Lebih luas ianya
dibuka, bermakna lebih banyak cahaya yang masuk.
                                    

Aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4.
Aperture yang kecil pula diwakili dengan nombor yang besar seperti f/16.
Aperture yang besar hanya fokus pada satu bahagian sahaja.
Berbeza dengan aperture kecil seperti f/16 akan fokus pada semua. Jarak
di dalam fokus dipanggil 'depth of field’.
 
Aperture F22                                                       Aperture F 5.6

3. Apa pula ISO?

Ini perlu difahami bagi mendapatkan gambar yang menarik. ISO juga
dahulunya dikenali sebagai ASA. ISO adalah berapa sensitif filem atau
digital kamera pada cahaya. Pada zaman digital ini, ISO amat mudah
dilaras dan diubah.
Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan 'aperture' dan 'shutter
speed' yang diperlukan. Tambahkan ISO untuk 'aperture' yang kecil dan
'shutter speed' yang laju. ISO yang laju seperti ISO 800, 1600.




 

Contoh penggunaan ISO 100           Contoh penggunaan ISO 6400




Manakala ISO yang perlahan biasanya ISO 100 atau ISO 200. Sebab
utama untuk menggunakan ISO yang perlahan adalah untuk
menggurangkan noise atau 'grain'(bintik-bintik pada gambar).
Penetapan ISO yang laju bisanya lebih 'grain’, berbanding dengan ISO
yang perlahan.

4. Lihat subjek pada bahagian matanya.

Jika merakam gambar potret, cuba letakkan kamera anda satu aras
dengan mata subjek (eye level). Ini akan menghasilkan gambar yang
lebih beremosi dan mendapatkan watak sebenar seperti senyuman dan
reaksi wajah subjek.
Untuk gambar kanak-kanak, anda harus berada sama paras dengan
subjek (eye level). Pastikan subjek melihat pada kamera anda. Ini akan
mendapatkan interaksi dari subjek dan anda.

 
Interaksi dengan mata subjek memberi kesan pada gambar anda. Lihat contoh
perbezaan gambar subjek yang melihat kamera dan tidak melihat pada kamera.

5. Latar belakang yang bersih (tidak serabut)
 
Latar belakang yang bersih akan menonjolkan lagi subjek anda. Lihat pada perbezaan
gambar.

Latar belakang yang bersih akan menonjolkan lagi subjek yang anda
rakam. Cuba belajar melihat latar belakang subjek dengan
menggunakan 'view finder' camera anda.
Jika anda merakam sesuatu subjek, pastikan tiada objek lain yang
menggangu subjek utama anda.

6. Alih posisi subjek anda

Jika terlalu banyak gangguan pada latar belakang subjek anda, cuba
alihkan posisi subjek. Contohnya dalam merakam gambar potret,
arahkan subjek untuk bergerak setapak ke hadapan atau ke belakang
atau ke kiri dan ke kanan.
Sensitif dengan persekitaran semasa membuat ‘framing’
7. Sudut (angle) anda merakam gambar.

Satu lagi tip jika terdapat gangguan dalam ‘frame’ gambar anda, cuba
ubah sudut anda merakam gambar. Cari sudut yang baru, bergerak dari
tempat asal anda. Sama ada berpusing di keliling subjek atau anda juga
boleh turun ke sudut bawah; contoh dengan menjadikan awan sebagai
latar belakang anda.
Dua gambar dari sudut yang berbeda.

8. Gunakan flash untuk gambar 'outdoor'

Cahaya matahari yang terik biasanya akan menghasilkan bayang yang
kuat pada wajah subjek. Untuk mengatasi masalah ini, gunakan flash
kamera anda. Anda boleh mengawal berapa kuat cahaya yang anda
ingin dengan kamera anda.
 
Anda dapat lihat perbedaan setelah subjek diisi dengan sedikit cahaya.

Kadangkala cahaya matahari itu sendiri sudah membuatkan subjek
kelihatan menarik dan jelas, tidak perlulah lagi anda menggunakan flash.

9. Rapatkan jarak anda dengan subjek

Jika subjek anda terlalu kecil atau jauh, anda sebaiknya pergi lebih rapat
dengan subjek itu. Merakam gambar secara dekat dengan subjek akan
mendapatkan lagi gambar yang 'detail' atau lebih jelas.
Tetapi ingat jangan pula terlalu rapat dengan subjek kerana ia akan
membuatkan gambar anda menjadi kabur. Jarakkan kamera anda
dengan subjek lebih kurang tiga meter.
Subjek yang jelas.

10. Jangan meletakkan subjek anda di
tengah frame

Ini adalah sesuatu yang biasa jika kita merakam gambar. Kebiasaannya
kita akan meletakkan subjek ditengah-tengah. Apa kata anda cuba
sesuatu yang baru.
 
Subjek yang berada di tengah                           Komposisi subjek di tepi ‘frame’

Bayangkan 'viewfinder' anda mempunyai garisan grid seperti permainan
Tic-Tac-Teo. Cuba bermain dengan meletakkan subjek anda pada satu
pertemuan garisan tersebut. Ini juga dikenali sebagai ‘Rules of third’. Pasti
anda akan dapat lihat perbezaannya.


Rules of Third; subjek diletak pada tanda merah.

11. Kunci (lock) fokus subjek anda

Jika subjek anda tidak berada di tengah, anda perlu mengunci fokus
anda supaya anda dapat gambar yang tajam dan jelas.
Kebanyakkan kamera yang mempunyai 'auto' fokus hanya memfokuskan
subjek yang berada di tengah sahaja. Tetapi untuk mendapatkan
gambar yang menarik, anda harus cuba lari dari meletakkan subjek di
tengah.
Anda boleh mengunci (lock) subjek dengan tiga langkah.
Pertama, letakkan subjek anda di tengah dan tekan separuh butang
'shutter' kamera anda.
Kedua, ubah arahkan kamera anda (sementara anda masih menekan
separuh butang ' shutter'), dengan cara ini subjek akan berubah posisi
dari tengah.
Langkah ketiga adalah tekan terus butang 'shutter' anda untuk merakam
gambar. Mudah kan?

12. Fahami kemampuan flash kamera anda

Gambar yang dirakam dengan melangkau kemampuan flash kita akan
menjadi gelap. Ini antara satu masalah jika tidak memahami
kemampuan flash anda. Kebanyakan kamera biasa, kemampuan
maksima flash adalah kurang dari 8 meter.
Penggunaan ‘flash’ yang betul akan menonjolkan subjek anda.

Untuk mengetahui kemampuan flash, sila rujuk manual kamera anda.
Pastikan jarak anda dengan subjek tidak terlalu jauh hingga cahaya flash
anda tidak sampai pada subjek anda. cara lain anda juga boleh
tambahkan ISO pada kamera anda.

13. Sensitif pada pencahayaan

Selain subjek,apa yang paling penting dalam fotografi adalah cahaya.
Jika tiada cahaya, imej tidak akan dapat dirakamkan. Lihat cahaya
semulajadi pada subjek.
Contoh penggunaan cahaya yang sedia ada dari tingkap

Kadangkala cahaya matahari atau cahaya semulajadi adalah cahaya
terbaik untuk merakamkan subjek anda.
Jika anda tidak kehendaki cahaya yang sedia ada pada subjek, anda
haruslah mengubah arah atau subjek anda.

14. Coba ambil pada posisi menegak (vertical)

Satu lagi cara yang sering kita lakukan semasa merakam gambar iaitu
posisi mendatar (horizontal).
Apa kata kali ini cuba rakamkan gambar secara menegak. Pusingkan
kamera anda ke arah menegak. Pasti anda dapat melihat satu kelainan
dari biasa.
Rakamkan subjek anda menggikut kesesuaian sama ada menegak atau
mendatar.
   
Kesesuaian gambar dalam ‘frame’ menegak atau mendatar

15. Jadi pengarah (director) untuk gambar anda

Jadilah pengarah yang bagus kepada subjek anda, bukan hanya
'penangkap gambar' yang duduk diam.
Pengarah memainkan peranan yang amat penting untuk mendapatkan
gambar yang menarik.
Pengarah gambar, menambahkan rencah untuk gambar anda menjadi
lebih menarik dan lebih hidup!
Arahkan dan berkomunikasi dengan subjek anda

16. Pegang kamera anda dengan setabil
(steady)

Elakkan getaran semasa menekan butang 'shutter'. Jika anda bergetar
semasa menekan butang 'shutter', gambar anda akan menjadi kabur.
Pastikan juga jari anda tidak menutupi bahagian hadapan lensa kamera
anda. Jika kamera anda mempunyai 'live viewfinder', cuba gunakan
optical 'viewfinder'.
Ini bukan sahaja dapat membantu anda melihat subjek sebenar, tetapi
dapat membantu menstabilkan kamera dari gegaran.

17. Masukkan elemen garisan untuk merakam
gambar

Anda tentu masih ingat asas bentuk geometri yang diajar di alam
persekolahan.
Cuba aplikasikan segala elemen-elemen sepertibulatan, segi empat, segi
tiga, garisan lurus dan garisan 's-curve' pada subjek anda.


Masukkan elemen-elemen garisan

18. Penuhkan ‘frame’ anda.

Pastikan anda penuhkan ‘frame’anda. Cara terbaik adalah dengan
rapat ke subjek anda.
Sebelum anda menekan butang ‘shutter’ anda, pastikan anda
memerhati setiap penjuru ‘frame’dan latar belakang subjek anda.
Pastikan tiada benda yang tidak diperlukan menggangu dalam ‘frame’
anda.

Penuhkan subjek di dalam ‘frame’ anda

19. Tentukan tema untuk gambar anda.

Cari tema untuk gambar anda

Anda tidak sepatutnya merakam gambar tanpa tahu apakah yang
anda inginkan. Walaupun anda melihat sesuatu subjek yang menarik, jika
anda tidak tahu apa yang anda ingin rakamkan, gambar anda tidak
akan kelihatan menarik!
Tanya diri anda adakah gambar yang anda ‘frame’ menerangkan tema
yang anda pilih? Adakah orang lain yang melihat gambar kita itu boleh
rasai tema yang anda pilih? Jadi pilih tema untuk gambar yang anda
mahu rakam.

20. Gunakan tripod anda.

Tip ini sesuai untuk merakam gambar di dalam situasi yang kurang
cahaya. Gunakan ‘shutter’ yang perlahan untuk mendapatkan cahaya
yang cukup ke dalam kamera anda. Contoh ‘shutter yang perlahan
seperti; 1/15, 1/10.





Penggunaan tripod dapat membantu menggurangkan gegaran.

21. Alat kawalan jauh, pemasa (timer) atau
‘shutter release’ kabel.

Jika anda menggunakan ‘shutter’ yang perlahan, kamera akan bergetar
semasa anda menekan butang ‘shutter’. Jika bergetar, gambar anda
akan kabur. Bagaimana untuk mengelakkan perkara ini?
Cuba gunakan pemasa ‘timer’ kamera anda atau anda boleh
menggunakan alat kawalan jauh untuk kamera anda. Ada kamera yang
boleh digunakan dengan ‘shutter release’ kabel.



Contoh alat kawalan jauh kamera.

22. Gunakan ISO tinggi.

Sama dengan situasi di atas. Dalam situasi yang kurang cahaya juga
anda boleh manambah ISO kamera anda. Contohnya untuk kamera
digital, anda boleh memilih ISO sehingga 800, 1600 atau 6400.

Tambahkan ISO dalam situasi kurang cahaya


Ini berpandukan jenis kamera yang anda gunakan. Tetapi awas,
pengawalan ISO yang tidak betul akan menyebabkan gambar anda
menpunyai bintik merah kekuningan ynag dipanggil ‘noise’.

23.‘Reflector’ sebagai pengisi cahaya tambahan.

Anda boleh menggunakan ‘reflector’ untuk menambahkan
pencahayaan pada subjek anda. Kadangkala menggunakan cahaya
‘flash’ kamera anda boleh membuatkan subjek anda hilang karektor asli.
Dengan ‘reflector’, anda boleh memantulkan cahaya semulajadi pada
subjek anda. Biasanya ‘reflector’ sesuai digunakan semasa merakam
gambar potret.

Gambar yang dirakam menggunakan ‘reflector’ cahaya.

24. Banyak melihat gambar yang menarik

Saya percaya anda memang suka melihat gambar-gambar yang
menarik. Ambil kriteria yang membuatkan gambar itu menarik.
Contohnya komposisinya, sudut pandang dan latar belakang. Cuba
aplikasi pada gambar anda.

25. Rakam beberapa keping gambar

Untuk merakamkan gambar potret berkumpulan, lebih baik rakam lebih
dari satu gambar dalam satu masa.
Jika anda hanya merakam satu gambar, tentu akan ada subjek yang
tidak bersedia, terpejam mata atau sedang membetulkan baju! Untuk
lebih selamat, rakamlah lebih dari satu gambar.

26. Hormati dan fahami subjek anda

Hormat, respect pada subjek anda. Sebagai satu contoh, jika anda ingin
merakam potret seseorang dan individu itu tidak mahu potretnya
dirakamkan, anda perlu mnghormati keputusan itu.
Menghormati subjek anda amat penting jika anda juga mahu dihormati.

27. Senyum!

Ya! Sebagai jurugambar, terlalu penting untuk ANDA senyum selalu
semasa merakam gambar. Gembira dan enjoi, pasti subjek anda juga
akan senang dengan anda. Ini akan memudahkan anda mendapatkan
gambar yang menarik!

28. Ikhlas semasa merakam gambar.

Tahukah anda, keikhlasan anda dalam merakam gambar akan dapat
dilihat pada hasil rakaman gambar anda! Percayakah anda,
kebanyakkan gambar-gambar menarik dari jurugambar bertaraf dunia
adalah kerana keikhlasan mereka dalam merakam gambar. Jika anda
tidak percaya, cuba praktikkan perkara ini, keikhlasan dalam berkarya!
29. Bawa pembantu.

Sedarkah anda, pembantu memainkan peranan yang amat penting
dalam sesuatu sesi fotografi! Ramai jurugambar tidak menyedari perkara
ini. Adanya pembantu akan memudahkan banyak kerja anda.
Pembantu boleh membantu membawa beg, kamera, tripod, lampu dan
jika situasi tidak terkawal, pembantu amat diperlukan. Ia memudahkan
kerja anda sebanyak 90%! Bawa pembantu!

30. Belajar dari golongan professional.

Saya percaya, ramai dikalangan anda malu, takut atau tidak mahu
berjumpa jurugambar professional. Mungkin kerana anda takut tidak
dilayan, takut dikritik atau bermacam-macam sebab bermain di kepala
anda.
Tidak rugi jika anda berjumpa dengan golongan ini. Sebenarnya
kebanyakkan mereka tidak sombong atau kedekut ilmu. Banyak tip
yang mereka boleh berikan. Ini satu bonus untuk anda! Boleh dikatakan
80% ilmu fotografi saya secara praktikal saya perolehi dari jurugambarjurugambar
professional Malaysia!

31. Beli dan baca buku fotografi.

Jangan kedekut mengeluarkan duit untuk membeli buku. Ini adalah
pelaburan ilmu yang tidak rugi untuk anda. Pelajari cara-cara terbaik dari
jurugambar-jurugambar luar melalui buku atau majalah.

Selalu membaca dan melihat gambar tentang fotografi

Dedahkan diri anda dengan dunia luar. Anda akan mendapat banyak
idea dapat merakam gambar dengan lebih baik.

32. Gunakan internet untuk belajar.

Zaman berteknologi tinggi ini, internet adalah salah satu media yang
digunakan berleluasa untuk mendapatkan informasi. Salah satu cara
yang berkesan adalah menggunakan forum! Dari forum, banyak ilmu
fotografi yang boleh kita pelajari. Yang penting kita ambil yang baik dan
jangan amalkan yang tidak baik.


33. Praktikan apa yang anda pelajari.

Keseluruhannya, jika anda sudah membaca, melihat,mempelajari caracara
merakam gambar yang menarik, jangan lupa untuk praktikan ilmu
itu! Sia-sia sahaja jika ilmu yang anda dapat tidak diamalkan!
Gilap segala ilmu yang anda perolehi! Praktikkan!

Penutup
Saya berharap dengan perkongsian blog 33 Rahsia Merakam Gambar
Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi ini, anda akan
mendapat sedikit pengetahuan dan tip dalam merakam gambar.
Selamat berkarya!
Terima Kasih.
Nanda Novita.

0 komentar:

Posting Komentar

Template by:

Free Blog Templates